Jelita - November 2017
Jelita - November 2017
Få ubegrenset med Magzter GOLD
Les Jelita og 9,000+ andre magasiner og aviser med bare ett abonnement Se katalog
1 Måned $9.99
1 År$99.99 $49.99
$4/måned
Abonner kun på Jelita
Kjøp denne utgaven $1.99
Subscription plans are currently unavailable for this magazine. If you are a Magzter GOLD user, you can read all the back issues with your subscription. If you are not a Magzter GOLD user, you can purchase the back issues and read them.
I denne utgaven
Sherry Alhadad, bintang bersinar dalam kelompoknya yang tersendiri menjadi pilihan Jelita untuk menghiasi edisi November 2017 sebagai ikon keyakinan terunggul. Membawa tema Raikan Keunikan Diri Anda, Jelita lari sedikit daripada kebiasaan dengan meletakkan wanita dengan keyakinan tinggi biarpun tidak memiliki rupa fizikal yang tipikal kerana Sherry ada kelebihannya yang tersendiri. Edisi istimewa ini bertemakan wanita Jelita yang unik, versatil dan yakin dengan caranya sendiri. Galeri Cantik mengetengahkan rencana dengan panduan meraih potret wajah menawan dengan tip mudah diikuti. Selain itu, bagaimana memperoleh kuasa lembaran cantik dalam trend solekan terkini menerusi Pesona Solekan bulan ini.
Galeri Fesyen mengajar anda mencipta variasi dengan hanya satu dress. Lebih menarik, cara anda memperoleh idea bergaya tanpa batasan dengan apa yang ada dalam almari anda. Jurnal Pereka menyingkap kisah dan perjalanan pereka fesyen terkenal, Nurita Harith.
Fokus Jelita mengangkat tema Raikan Keunikan Diri Anda dengan memaparkan tiga wanita dengan kelebihan tersendiri. Seorang dianggap ‘terlalu’ tinggi tetapi dia seorang pemain bola jaring kebangsaan. Seorang pula ‘terlalu’ lebar tetapi dia antara penyanyi terkenal masa kini dan seorang lagi adalah ibu yang dengan ketinggian seperti anak sekolah. Bagaimana tiga wanita ini berdepan stigma lapuk masyarakat yang menganggap kecantikan itu adalah satu adunan saja?
Istimewa Jom Jalan! Ceduk cadangan lokasi pilihan yang mesra keluarga selain sebab untuk anda naik taraf kenderaan agar selesa dalam apa jua perjalanan. Peluang menangi hadiah menarik bernilai RM27,000 juga menanti anda!
Dapatkan semua ini dalam Jelita edisi November.
Jelita Magazine Description:
Utgiver: Blu Inc Media Sdn Bhd
Kategori: Women's Interest
Språk: Malay
Frekvens: Bi-Monthly
Jelita - Portal majalah wanita meliputi kecantikan, fesyen terkini, resipi mudah, dekor, tanya pakar, famili, selebriti Malaysia, berita hiburan & banyak lagi
- Kanseller når som helst [ Ingen binding ]
- Kun digitalt